Header Ads

Kedah Darul Aman FC Boleh Daftar Pemain

Berita terbaru yang diterima, Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dibenarkan untuk mendaftar pemain baru mereka menejlang sepak mula Liga Super tidak lama lagi.


Kedah Darul Aman FC Boleh Daftar Pemain



Perkara itu disahkan sendiri Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Samsudin berkata;


"Status sekatan perpindahan ini akan ditarik balik setelah pihak Fifa menerima maklumat terkini penyelesaian dari pihak menuntut bagi menarik balik sekatan dałam masa terdekat dan seterusnya KDA FC bebas membuat pendaftaran pemain baharu musim 2024/25.


"Walaupun beberapa proses rundingan telah diadakan, berlaku masalah teknikal penyelesaian yang mengakibatkan KDA FC dikenakan hukuman oleh Fifa, walhal pemain tersebut telah bebas sepenuhnya dari arahan sekatan perjalanan untuk perjalanan ke luar Malaysia.


"Isu teknikal ini telah diambil maklum oleh pihak FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) serta MFL (Liga Bolasepak Malaysia) yang telah disedari dari awal lagi, dan di pihak pengurusan kelab telah mengikuti dengan sewajarnya nasihat serta beberapa siri perbincangan yang diadakan bersama pihak yang terlibat," katanya.


"Walaupun berita ini dikeluarkan kepada umum bukan melalui sumber rasmi kelab, MFL dan FAM, namun isu berkenaan telah memberi imej negatif kepada pentadbiran kelab walaupun telah ditangani dengan sewajarnya dengan pihak yang menuntut," katanya.

Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.