ISN Nafi Tak Tolong Ng Tze Yong
Baru-baru ini tular dikatakan Institut Sukan Negara (ISN) tidak membantu memulihkan pemain badminton negara, Ng Tze Yong yang mengakibatkan pemain itu tidak dapat bermain di Piala Thomas.
Namun begitu perkara tersebut dinafikan ISN. Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md Ramli berkata,
"Doktor di ISN melakukan penilaian berdasarkan kepada siasatan mereka. Perundingan sentiasa berlaku antara doktor pakar untuk lihat situasi semasa Tze Yong.
"Pemerhatian secara teliti dilakukan kerana kita mahu pastikan perjalanan kariernya panjang. Jadi kita perlu berhati-hati apabila merawatnya.
"Ia bukan sahaja berkaitan soal perubatan tetapi perkara lain seperti sains sukan dan pemakanannya. Itu semua perlu diambil kira.
"Sebab itu kita kena berhati-hati untuk membenarkan atau melepaskannya bermain dalam satu-satu kejohanan. Dia sentiasa menjadi keutamaan kami dan memang kerap menjalani rawatan di ISN," katanya
Tze yong kini menanti waktu untuk melakukan pembedahan kedua selepas kali pertama melakukannya pada bulan Februari 2024. Ini juga membuatkan dia tidak boleh bermain di Piala Thomas minggu hadapan.
Post a Comment