Impian Ke Olimpik Paris Teo EE Yi dan Ong Yew Sin Semakin Sukar
Menjelang Olimpik Paris, beregu lelaki negara Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin perlu berada di rangking ke lapan dunia selewat-lewatnya pada April ini.
Beregu itu kini menghuni kedudukan ke 12 dunia dan ditambah pula mereka tersingkri awal dari terbuka perancis membuatkan ia semakin sukar.
Mereka kalah kepada Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dengan keputusan 13-21, 22-24 dalam perlawanan semalam.
Teo ee yi dan Ong Yew Sin mempunyai beberapa kejohanan yang boleh mereka sertai dan perlu mendapat banyak mata daripada pertandingan tersebut.
Antaranya adalah Seluruh England dari 12 hingga 17 Mac, Terbuka Switzerland (19 hingga 24 Mac) dan Masters Sepanyol di Madrid (26 hingga 31 Mac).
Dan yang terakhir adalah mereka perlu menang besar di Kejohanan Badminton Asia (BAC) dari 9 hingga 14 April nanti.
Kita tidak rela kehilangan slot ke Paris 2024 selepas beberapa pemain lain juga mempunyai risiko besar tersingkir dari ke Paris 2024 nanti.
Selamat Maju Jaya buat kedua-dua pemain negara kita ini.
Post a Comment