Pearly Tan-M Thinaah Kalahkan Pemain No 1 Dunia
Kebanggaan melihat prestasi Pearly Tan-M Thinaah semalam apabila mereka mencipta kejutan untuk layak ke suku akhir All england 2024.
Lebih manis apabila mereka mengalahkan pemain no 1 dunia dari china Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dengan keputusan straight set 22-20 dan 21-16.
Untuk yang tak tahu, pasangan beregu wanita negara ni berada di ranking ke 15 dunia dan kehebatan mengalahakan beregu no 1 dunia seharusnya mendapat pujian.
Mereka mengalahkan beregu china dengan hanya 49 minit permainan di Utilita Arena. Ini juga kemenangan pertama mereka menentang pemain china itu.
Pearly-Thinaah selepas ini akan berdepan pasangan Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto yang menewaskan wakil Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti 14-21, 21-10, 21-16.
Post a Comment