Ng Tze Yong Perlu Menang Kejohanan Badminton Asia Untuk Layak ke Olimpik
Susulan kecederaan yang dialami oleh pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong menyebabkan dia terlepas beberapa kejohanan di eropah menyukarkan hasratnya beraksi di Olimpik.
Menurut Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata;
"Semuanya terpulang kepada Tze Yong, sama ada dia yakin atau tidak untuk bermain di BAC. Jika tidak, lebih baik lupakan BAC dan fokus kepada Piala Thomas atau kejohanan lain. Jalan paling selamat untuk dia layak ke Olimpik adalah menjadi juara BAC," katanya
"Jadi, semuanya terletak di tangannya, sama ada dia benar-benar dahagakan untuk beraksi di Olimpik," kata legenda badminton Indonesia itu.
"Datuk Tey Seu Bock (jurulatih perseorangan lelaki) juga ada beritahu saya ketika latihan di gimnasium Tze Yong ada rasa sedikit 'fed up', mahu buat ini tidak boleh, itu tidak boleh.
"Kita semua mahu Tze Yong cergas sepenuhnya tetapi apapun berbalik kepada dirinya sendiri sama ada mahu push atau tidak kerana dia lebih memahami keadaan badannya, kami hanya pantau dan jaganya dari luar," katanya.
Kali Terakhir BAC di China dimenangi oleh Lee Zii Jia dan sudah pasti tiada jalan mudah untuk Ng Tze Yong memandangkan nama-nama besar dunia akan bertumpu di sana.
Post a Comment