Lee Zii Jia Cemerlang di Swiss Open 2024
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya melangkah ke pusingan seterusnya selepas mengalahkan lawannya dari Taiwan.
Zii Jia yang menewaskan Su Li Yang dengan straight set 21-19 dan 21-12 dalam hanya 42 minit sahaja di terbuka swiss 2024.
Kali terakhir Malaysia merangkul gelaran juara dalam acara perseorangan lelaki di Terbuka Switzerland adalah menerusi bekas jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei pada 2009.
Keputusan perlawanan melibatkan atlet negara dalam kejohanan ini adalah seperti berikut.
Goh Soon Huat dan Lai Shevon Jemie mengalah kan pasangan Australia Kenneth Zhe Hooi Choo dan Gronya Somerville dengan keputusan 21-19 dan 21-16.
Jun hao pula dikalahkan pemain Lakshya Sen dengan keputusan 21-19, 15-21 dan 21-11
Pasangan bergu campuran, Roy King Yap dan Valeree siow juga kalah kepada India , Sathish Kumar Karunakaran dan Aadya Variyath.
Chen Tang Jie dan Toh EE Wei mengalahkan beregu campuran singapura Hee Yong Kai Terry dan Tan wei Han jessica dengan keputusan 21-12,19-21 dan 21-15.
Chan Peng soon dan Cheah yee see mengalahkan rakan senegara den Hong Pang Ron dan Cheng Su Yin dengan keputusan 21-17 dan 21-16.
Post a Comment