Kecederaan Pemain Badminton Perseorangan Lelaki Negara Merisaukan
Menjelang aksi pertama Piala Thomas pada 27 April nanti, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky mengalami masalah yang memeningkan kepalanya.
Masalah kecederaan pemain perseorangan lelaki negara yang belum pulih dengan baki kuranga dari sebulan sahaja lagi.
Rexy berkata;
"Adakah saya bimbang dengan masalah kecederaan ini? Sudah tentu. Saya bohong jika saya katakan tidak," kata Rexy.
"Saya berharap kecederaan kaki dialami Lee Zii Jia di Terbuka Switzerland baru-baru ini tidak serius.
"Justin Hoh (yang baru pulih daripada kecederaan) pula menyertai Cabaran Antarabangsa Thailand minggu ini . Jadi, kita akan lihat prestasinya nanti. Kita ada lagi pilihan pemain iaitu Leong Jun Hao dan Eogene Ewe," katanya.
"Ia sukar untuk menamakan pemain beregu kerana semuanya ada peluang untuk disenaraikan dalam pasukan.
"Izzuddin-Sze Fei pula sering menampilkan persembahan baik pada kejohanan berpasukan manakala Haikal-Hon Jian, walaupun pernah bermain di BATC 2024 baru-baru ini, adakah mereka bersedia main pada tahap setinggi Piala Thomas," kata Rexy.
Post a Comment