KDN FC Lantik Rezal Sebagai Penolong Jurulatih
Baru-baru ini, Kelantan Darul Naim FC telah membuat pengumuman yang mana mereka telah menandatangani bekas jurulatih kelantan fc, Rezal Zambery Yahya sebagai penolong ketua jurulatih Kelantan Darul Naim Football Club (KDN FC) musim 2024/2025.
Presiden KDN FC, Rozi Muhamad berkata,
"Kita percaya dia (Rezal) mampu meletakkan pasukan di landasan sebenar dan menaikkan nama KDN FC," katanya
Dalam satu kenyataan di muat naik di laman facebook KDN FC berkata;
𝗥𝗲𝘇𝗮𝗹 𝗭𝗮𝗺𝗯𝗲𝗿𝘆 𝗠𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗞𝗗𝗡 𝗙𝗖
Kelantan Darul Naim FC mengesahkan telah melantik Rezal Zambery Yahya ke kerusi penolong ketua jurulatih pasukan untuk musim 2024/25.
Rezal yang sebelum ini menjawat jawatan Pengarah Pembangunan Akar Umbi telah diumumkan Presiden, YB Rozi Muhamad dalam satu majlis menandatangani kontrak pegawai serta kejurulatihan kelab di pejabat urusan di Kota Bharu, petang semalam.
Menurut YB Rozi, pelantikan Rezal disifatkan satu tindakan tepat pada masanya setelah melihat gerak kerja beliau sejak beberapa musim kebelakangan ini.
"Kehadiran dia tepat dengan masanya kerana kita yakin dia mampu membantu Kelantan Darul Naim FC membangunkan pemain muda untuk bersaing hebat seperti mana dilakukan dengan pasukan sebelum ini".
"Dengan Kelantan Darul Naim FC juga mempertaruhkan bakat muda tempatan serta import berpengalaman, inshaAllah padanan Rezal bersama jurulatih yang telah kita ambil akan membolehkan Sang Kijang Emas memberi cabaran hebat."
"Kita juga percaya gandingan ketua jurulatih yang dibawa masuk dan Rezal akan meletakkan kita dalam landasan yang sebenar sekaligus menaikkan nama Kelantan Darul Naim FC pada saingan Liga Malaysia musim 2024/25."
Terdahulu, dalam satu majlis tandatangan kontrak, YB Rozi Muhamad turut mengumumkan pelantikan Ashadi Mohamad Yusoff selaku penolong jurulatih, Abdul Rahman Baba di posisi jurulatih penjaga gol, Mohammad Fazrul Jafar @ Abd. Rahman selaku jurulatih kecergasan serta kitman, Muhammad Shahrul Ridzuan dan Wan Mohd Najib.
Sebagai rekod, Rezal merupakan pengarah pembangunan akar umbi Kelantan United fc sebelum ini tidak diteruskan kerana tidak mempunyai lesen kejurulatihan yang ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Dengan pelantikan Rezal ini sudah pasti memudahkan kerja KDN FC bagi membentuk keserasian antara pemain dan jurulatih kerana sudah lama kenal antara satu sama lain.
Post a Comment