Aaron Chia-Soh Wooi Yik Terkandas di Suku Akhir
Berita sedih pagi ini apabila menyaksikan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di suku akhir kepada pasangan korea selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.
Mereka kalah 19-21 dan 16-21 dalam perlawanan yang berlangsung hampir 45 minit. Kekalahan ini juga menyaksikan semua pemain skuad negara sudah tumbang di terbuka perancis minggu ini.
Tiada yang layak ke final dan juga semi final. Rekod pertemuan yang kurang baik diantara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan juga pasangan korea ni bertambah kepada kekalahan ke tiga mereka.
Pencapaian Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam beberapa kejohanan sebelum ini boleh dibanggakan apabila mereka tidak kalah awal dan sekurang-kurangnya mereka bermain di suku akhir berbanding pemain-pemain negara yang lain.
Sementara itu, pemain Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei tewas semalam ke atas beregu China dengan keputusan 18-21, 14-21.
Minggu hadapan, Semua pemain Malaysia bakal memberi fokus yang maksima kepada aksi ALL England yang pasti akan menjadi tumpuan rakyat Malaysia.
Post a Comment