Aaron Chia-Soh Wooi Yik Mara Ke Pusingan Seterusnya, Satu Lagi Beregu Lelaki Balik Awal.
Semalam menyaksikan Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke pusingan sterusnya selepas mengalahkan rakan senegara dengan keputusan 21-19 dan 21-17.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik pernah memperoleh naib juara all england pada 2019 lalu mengalahkan Goh Sze Fei dan Nur Izzudin dalam perlawanan tersebut.
Satu lagi beregu negara, Yew Sin dan EE yi pula terkandas awal apabila tewas kepada pemain china, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dengan keputusan 21-15, 21-23, 14-21.
Ia adalah kekalahan kali keempat Yew Sin-Ee Yi di tangan pilihan kelapan itu selepas lima pertemuan.
Hari ini, Aaron-Wooi Yik berdepan gandingan Taiwan, Chang Ko Chi-Po Li Wei di pusingan kedua.
Beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga berjaya mengalahkan beregu campuran perancis Thom Gicquel-Delhine Delrue dengan keputusan 12-21, 21-19, 21-14.
Harii ini mereka akan bertemu dengan pemain Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.
Post a Comment