Header Ads

Tze Yong tidak berlatih 6 jam sehari - Rexy

Tampil menjawab tuduhan daripada NG tze yong yang mengatakan kecederaan yang dialami pemain itu berpunca ddari latihan keras BAM dan juga latihan 6 jam sehari dilakukannya sebagai persediaan menghadapi kejohanan batc baru-baru ini.


Rexy tampil menjelaskan perkara sebenar dengan berkata apa yang dikatakan oleh Tze Yong tidak terjadi bahkan latihan berlaku seperti biasa dan normal. 


Tze Yong tidak berlatih 6 jam sehari - Rexy



"Jika dia katakan seperti itu, saya perlu katakan 'yes', Tze Yong berlatih selama enam jam. Tetapi ia tidak seperti itu, zero."


"Komitmen terhadapnya, apa yang dia katakannya, zero. Ia semakin buruk pada Januari lalu."Benar tak? Zero. Dia tidak pernah berusaha seperti itu. Bukankah dia sendiri katakan kepada anda pada Disember lalu yang dia mahukan latihan enam jam sehari? Zero.


"Saya tidak kisah. Saya perlu katakan kebenarannya," katanya 


"Tze Yong dijangka akan sertai beberapa kejohanan seperti Terbuka Perancis, sebenarnya kita keluarkan dia daripada sertai Terbuka Jerman sebab masa tidak mencukupi untuk dia pulih dari kecederaan.


"Selepas itu dia akan sertai Seluruh England dan Master Sepanyol . Kita keluarkan dia dari sertai Terbuka Jerman dan kita gantikan dengan Master Sepanyol,"kata Rexy.

--


Isu panas dalam team badminton negara semakin hangat di perkatakan. Kita harap pemain dan jurulatih dapat memberikan yang terbaik terutamanya dalam beberapa kejohanan besar yang akan berlangsung nanti.



Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.