Qatar layak ke final Piala Asia buat kali kedua berturut-turut
Pasukan Qatar layak ke final Piala Asia buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan gergasi Asia iaitu Iran dalam perlawanan separuh akhir Piala Asia 2023 semalam. Qatar memasuki final buat kali keedua berturut-turut selepas menjadi juara pada edisi yang lalu.
Highlight perlawanan Iran vs Qatar
Pasukan Iran bermain dengan baik dan mendapat gol awak seawal minit kempat menerusi sepakan gunting atau bicycle kick dari Sardar Azmoun. Dia menjaringkan gol tersebut selepas berlaku kekalutan di hadapan gol Qatar ketika situasi sepakan sudut.
Namun begitu, Qatar tidak berputus asa apabila menyamakan kedudukan pada minit ke 17 menerusi Jassem Gaber Abdulsallam. Dia yang mendapat bola hantaran Afif lalu merembat dan terkena pemain pertahanan Iran lalu masuk ke gawang gol menjadikan kedudukan 1-1.
Kemudian Qatar pula mendahului pada minit ke 43 menerusi jaringan cantik dari Akram Afif.
Bersambung babak kedua. Iran tidak tunggu lama apabila mereka dianugerahkan sepakan penalti apabila pemain Qatar melakukan tampanan dengan tangan dalam kotak penalti. sepakan itu di ambil oleh Jahanbakhsh pada minit ke 51.
Kemudian, kedua-dua pasukan saling brtukar serangan dan akhirnya Qatar mendapat gol kemenangan pada minit ke 82 menerusi pemain Almoez Ali. dia yang berada di kedudukan tidak offside merembat masuk gol lawan tanpa di kawal pemain lain.
keputusan akhir, Iran 2 - 3 Qatar.
Statistik Iran vs Qatar.
Perlawanan ini penuh dengan aksi menyerang kedua-dua pasukan apabila kita dapat lihat Iran melakukan 22 shot keatas Qatar dan hanya 5 on target. manakala pasukan tuan rumah membuat 15 percubaan dan hanya 8 on target. daripada jumlah percubaan ini jugalah kita dapat lihat kedua-dua pasukan hebat dalam menyerang/
Bagi posseion ball pula, Iran lebih baik dengan 59% manakala paduakan Qatar hanya 41% sahaja.
Pass accuracy juga lebih kepada Iran dengan 59% manakala Qatar dengan 55% sahaja.
keputusan akhir perlawanan, Qatar layak ke final Piala Asia 2023 dan berpeluang untuk menjuarainya buat kali kedua berturut-turut. mampukah mereka melakukannya/
Post a Comment