Punca Akhyar Tinggalkan JDT
Perpindahan mengejutkan dari JDT membuatkan ramai peminat tertanya-tanya mengenai punca akhyar tinggalkan JDT. Berpindah dari pasukan kuasa besar kepada pasukan yang baru nak meningkat naik.
Berbaloi ke tinggalkan segala kemudahan latihan bertaraf dunia yang ada di Johor? Banyak persoalan yang timbul dan akhirnya akhyar rashid mendedahkan segala punca dan asbab dia keluar dari JDT.
Akhyar berkata;
"Sejujurnya hati saya begitu berat untuk tinggalkan pasukan kelab JDT yang mempunyai fasiliti yang lengkap di tambah kejayaan yang begitu membanggakan dalam Liga Malaysia (Liga M) selain di pentas Asia.
"Namun demi minit permainan, selain jurulatih menyarankan saya untuk keluar bersama pasukan lain secara pinjaman, jadi saya terpaksa melangkah pergi untuk mencari angin baharu.
"Lagipun umur saya sudah 25 tahun, saya perlu tingkatkan lagi prestasi permainan dari setahun ke setahun bagi memastikan terus kekal konsisten," katannya mengenai punca akhyar tinggalkan JDT.
"Sebenarnya saya sendiri yang nak datang ke Terengganu selepas dilepaskan secara pinjaman oleh JDT, saya nampak pasukan ini lengkap di setiap posisi ditambah kehadiran rakan sepasukan, Pawi (Safawi) dalam pasukan TFC ini.
"Malah keluarga juga tidak halang sebaliknya memberi galakan supaya menyarung jersi TFC, jadi Alhamdulillah saya diterima menjadi salah seorang pemain dalam pasukan ini, terima kasih pihak pengurusan TFC.
"Insya-Allah saya bersama rakan sepasukan akan cuba yang terbaik untuk membantu pasukan sekurang-kurangnya merangkul satu trofi kejuaraan pada musim ini," kata akhyar lagi
Terjawab sudah persoalan mengenai punca akhyar tinggalkan jdt yang menjadi bualan peminat-peminat bola sepak Malaysia. Walaupun Liga Super masih lambat lagi tetapi kehangatannya sudah dirasai oleh semua.
Dengan kehadiran pemain-pemain baru, dapatkah Terengganu FC bangkit dan mencabar keupayaan jdt musim ini? Musim lepas kedudukan mereka agak jatuh kebawah sehingga mereka tidak layak ke Asia.
Jadi kemungkinan besar, pengurusan TFC menyasarkan untuk layak ke AFC pada musim hadapan.
Post a Comment