Header Ads

Nazmi Nasaruddin Calon Pengadil Malaysia di Piala Dunia

Fuh kejutan baru-baru ini apabila persatuan bola sepak malaysia FAM memberi gambaran kepada peminat harimau malaya yang kita dapat melihat pengadil Malaysia di Piala Dunia


Piala Dunia 2026 akan berlangsung di 4 buah negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico pada 11 Jun hingga 19 Julai 2026.


Selain pengadil, skuad Harimau Malaya juga berpeluang beraksi di pentas terbesar dunia itu jika melangkah dengan memenangi pusingan kelayakan piala dunia yang sedang berlangsung.


Nazmi Nasaruddin Calon Pengadil Malaysia di Piala Dunia





FAM mengumumkan pengadil Malaysia di Piala Dunia adalah Nazmi Nasaruddin. 


Sebenarnya pemilihan Nazmi adalah kerana prestasinya yang semakin baik dan berjaya bertugas dengan sempurna di Piala Asia 2023 baru-baru ini.


Bahkan, Nazmi juga merupakan satu-satu pengadil dari Malaysia yang mempunyai lesen VAR setakat ini. Selain itu dia juga banyak kali mengadili perlawanan-perlawanan besar di peringkat Asia antaranya adalah dalam AFC Cup dan juga mendapat lesen VAR dari kursus di arab saudi.


Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S Sivasundaram berkata, 


"Pengadil kita di Piala Asia melakukan tugasan masing-masing dengan baik dan tiada sebarang masalah," katanya.


Nazmi akan mengikuti kursus anjuan FIFA sebelum dipilih menjadi pengadil utama Piala Dunia 2026 nanti.

Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.