Cheah Liek Hou Pemain perseorangan para badminton nombor satu dunia
Pemain Badminton Para Malaysia, Cheah Liek Hou menjai Pemain perseorangan para badminton nombor satu dunia selepas memenangi kejuaraan dunia buat kali kelapan.
Kemenangan ini memberi sinar untuk memenangi pingat emas di kejohanan paralimpik paris nanti. Dalam perlawanan akhir tersebut Liek Hou mengalahkan pemain Indonesia, Deva Anrimusthi 21-15, 16,21, 21-15.
Perlawanan sengit itu berlangsung selama 1 jam 2 minit.
Untuk rekod Pemain perseorangan para badminton nombor satu dunia ini memenangu gelaran pada tahun 2005, 2007, 2011, 2013, 2015, 2017 dan 2022.
Liek Hao juga bermain dalam perlawanan beregu dengan pemain Muhammad Fareez Anuar dan mereka berjaya mengalahkan pemain india Chirag Baretha-Raj Kumar dengan keputusan 21-17 dan 21-18.
Rekod Liek Hou dalam acara beregu kali ini merupakan yang keenam dalam kariernya apabila dia menang pada tahun 2005, 2007, 2011, 2013 dan 2015.
Kemenangan ini memberi peluang cerah bagi skuad paralimpik negara membawa pulang pingat emas dalam aksi Paralimpik Paris 2024 nanti.
Post a Comment