Header Ads

Paulo Josue harap KL CITY bayar gaji!

Selain Kedah, KL CITY juga mempunyai masalah tunggakan gaji pemain yang dikatakan sudah masuk empat bulan. salah satu mangsanya adalah pemain utama mereka Paulo Josue/ Dia yang merupakan pemain yang membantu kl city memenangi piala malaysia 2021 turut tidak menerima gajinya setakat ini.


Paulo Josue harap KL CITY bayar gaji!



Josue yang baru pulang dari tugasan skuad kebangsaan berkata ; 


"Saya masih ada kontrak dengan KL City untuk musim depan, malangnya kelab ini menghadapi banyak masalah kewangan. Saya berharap mereka dapat menyelesaikannya secepat mungkin, dan kemudian memulakan musim 2024 tanpa sebarang masalah yang di bawa dari 2023.


"Saya seorang pemain profesional, dan pemain profesional mempunyai kerjaya yang sangat singkat, jadi saya perlu bersedia untuk peluang jika ada tawaran yang baik di mana saya mesti pergi.


"Tetapi jika tidak berpindah saya akan lebih gembira untuk terus berbakti dan melakar perjalanan karier saya dengan KL City.


"Setiap musim saya mendapat panggilan daripada kelab lain tetapi tiada apa yang menarik untuk membuatkan saya berpindah ke pasukan lain.


"Tetapi saya dan ejen saya sentiasa terbuka untuk mendengar tawaran dan mengadakan perbincangan," katanya ketika dihubungi Arena Metro sekali gus mengiyakan isu tunggakan gaji yang membelenggu pasukan itu.



Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.