Ng Tze Yong Jalani Pembedahan
Berita mengejutkan mengenai Ng Tze Yong jalani pembedahan selepas mengalami kecederaan ketika bermain di Badminton Asia Team Champhionship baru-baru ini.
Ia merupakan pembedahan kecil di bahagian belakangnya dan akan menjalanipembedahan tersebut mulai minggu hadapan.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan mengenai perkara itu dan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata kini fokus mereka adalah membantu recovery pemain tersebut.
BAM memberi jaminan akan berusaha sehabis baik bagi membantu Ng tze yong kembali ke prestasi asalnya.
Rexy berkata ; "Keutamaan BAM sentiasa untuk pemain kami. Fokus kami adalah pada rawatan dan proses pemulihan Tze Yong.
"Setelah dia pulih, kami akan membincangkan langkah seterusnya. Buat masa ini, kami ingin beliau memberi tumpuan kepada merawat dan mengatasi kecederaan ini,"katanya.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh BAM
NG TZE YONG UNTUK MENJALANI PEMBEDAHAN KECIL; MENARIK DARI KEJOHANAN AKAN DATANG
Pemain badminton negara, Ng Tze Yong bakal terlepas acara All England dan Terbuka Perancis yang akan datang kerana dia meneruskan rawatan untuk kecederaan belakang yang dialami semasa Kejohanan Berpasukan Badminton Asia 2024.
Setelah berunding dengan pasukan perubatan, Tze Yong telah bersetuju untuk mengutamakan proses pemulihannya dan akan menjalani pembedahan di bahagian belakangnya minggu depan. Pembedahan kecil ini dijangka menghalangnya daripada beraksi selama dua hingga enam minggu.
“Keutamaan BAM telah dan akan sentiasa menjadi pemain kami. Tumpuan kami adalah pada proses rawatan dan pemulihan Tze Yong. Apabila dia telah pulih, kita akan membincangkan tindakan seterusnya. Buat masa ini, kami mahu dia menumpukan perhatian untuk merawat dan mengatasi kecederaan ini,” kata Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky.
Walaupun Tze Yong akan terlepas kejohanan segera, masih ada kemungkinan untuk kembali ke Masters Sepanyol di Madrid dan Kejohanan Badminton Asia di NingBo, bergantung kepada perkembangan pemulihannya.
Cepat sembuh, Yong! 👊
Badan induk itu juga memaklumkan bahawa Ng Tze yong masih boleh bermain di kejohanan mster sepanyol dan jug asia badminton tidak lama lagi.
Tetapi masih meletaakkan proses pemulihan pemain itu terlebih dahulu. Kegusaran mula timbul apabila kecederaan demi kecederaan di alaminya mampu menggugat peluang beraksi di olimpik paris nanti.
Apa-apa pun kita doakan agar ng tze yong jalani pembedahan dengan sempurna dan dapat kembali sihat sedia kala. SEMOGA CEPAT SEMBUH!
Post a Comment