Header Ads

Jepun Hantar Balik Pemain Sayap dari Piala Asia 2023 atas isu Disiplin

Junya Ito merupakan pemain bola sepak Jepun yang bermain di Piala Asia 2023. Namun begitu Junya ito sudah dihantar pulang oleh Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) atas masalah disiplin.


Dia dituduh oleh dua wanita melakukan serangan seksual dan Ito sudah menafikan dakwaan tersebut. Namun dia terpaksa pulang awal selepas persatuan mereka membuat keputusan tersebut.


Jepun Hantar Balik Pemain Sayap dari Piala Asia 2023 atas isu Disiplin



Sebenarnya isu ini tidak berlaku di Piala Asia bahkan ia berlaku di Jepun ketika perlawanan persahabatan Jepun dan Peru pada bulan Jun 2023.


JFA berkata

"Junya Ito akan meninggalkan pasukan Jepun yang bertanding di Piala Asia di Qatar," katanya, sambil menambah badan induk itu akan meneliti kes itu dengan "berhati-hati".


Pihak Polis jepun juga sudah melakukan siasatan kepada Ito atas apa yang dilakukan namun tidak mendedahkan butiran terperinci kepada media.


"Kami menerima aduan kesalahan jenayah dilakukannya dan sudah memulakan siasatan," kata jurucakap polis di Osaka yang bekerja di jabatan berkaitan jenayah termasuk serangan seksual kepada AFP.


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.