Header Ads

Hilangnya permata bola sepak Malaysia, Azraai Khor dalam kenangan

 fuhh, aku masih terkejut dengan berita pemergian jurulatih prolifik Malaysia, Azraai Khor yang meninggal dunia akibat serangan strok secara mengejut hari ini. Jenazahnya sudah disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Uda di Alor Star.


Hilangnya permata bola sepak Malaysia, Azraai Khor dalam kenangan



Allahyarham Azraai meninggalkan seorang balu, Rohani Ibrahim, 64, dan tiga anak iaitu Mohd Firdaus Zainuddin, 31, Siti Fairuz Zainuddin, 31, dan Nor Azrina Khor Azraai, 21.


Anak Allahyarham Azraai, Mohd Firdaus berkata;


"Berat hati saya selepas mendapat berita pemergian ayah pada pagi tadi, dan saya yang berada di Kuala Lumpur bergegas pulang ke Alor Setar dan sempat menghadiri pengebumian ayah.


"Saya reda dengan pemergian ayah dan arwah meninggal dunia pada hari baik iaitu Israk Mikraj dan di bulan Rejab.


"Ayah selalu berpesan untuk sentiasa ikhlas dalam setiap apa yang mahu kita lakukan dan tidak mengharapkan balas pada setiap apa yang kita lakukan.


"Saya harap semua dapat mendoakan Allahyarham agar ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh," katanya


Sebagai penyokong bola sepak Kedah, nama Azraai khor memang tak boleh dipadam sebagai salah seorang yang bertanggungjawab menaikkan bola sepak Kedah.


Memenangi double treble bersama kedah serta beberapa lagi piala bersama pasukan lain menjadikan Azraai sebagai jurulatih paling berjaya dalam bola sepak Malaysia.


Biar jasa jadi kenangan. coach! kami doakan anda dipermudahkan urusan di alam sana, kami pula bakal menyusul nanti.alfatihah.

Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.