Header Ads

FAM Bagi Kata Dua Kepada PSM

Menjelang aksi kelayakan piala dunia menentang Oman pda bulan Mac ini, Persatuan bola sepak malaysia, FAM bagi kata dua kepada PSM atau perbadanan stadium Malaysia.


Ia berikutan kondisi padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang bakal di gunakan jika tidak mencapai piawaian FAM maka mereka akan angkat kaki dari venue berkenaan.


Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan yang mereka sudah ada venue yang lebih baik untuk skuad Harimau Malaya jika kondisi padang masih menjadi isu.


FAM Bagi Kata Dua Kepada PSM



Hamidin berkata; 


"Kami akan melawat Stadium Nasional pada awal Mac untuk melihat sendiri keadaan padang. Jika keadaan tak bagus, kita akan pergi tempat lain.


"Kita kena tengok dulu walaupun PSM (Perbadanan Stadium Malaysia) maklumkan mengenai langkah untuk memastikan padang dalam keadaan baik.



"Namun, yang pentingnya pada awal Mac kita akan tengok sama ada ia boleh digunakan untuk perlawanan 26 Mac menentang Oman atau tidak. Saya berasa kalau Bukit Jalil tak bagus, mungkin (akan main di) Stadium Sultan Ibrahim.


"Saya belum maklumkan kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim lagi. Kalau tak dapat, Terengganu, itu antara yang terbaik kerana Kim Pan Gon nak kualiti padang yang bagus," katanya ketika ditemui selepas sesi Town Hall bola sepak wanita FAM, di sini, hari ini.


Baru-baru ini isu padang kembali menjadi bualan apabila Psm telah menyewa stadium berkenaan untuk kegunaan konsert Ed sheeran. 


Ia sekali gus menimbulkan kegusaran dalam kalangan peminat bola sepak selepas apa yang terjadi sebelum ini yang mana padang menjadi rosak dan tidak sempat pulih untuk kegunaan bola sepak.


Kita tunggu bagaimana prosesnya nanti dan pengumuman rasmi bakal dibuat oleh FAM jika ada pemindahan venue nanti. 

Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.