Brendan Gan mahu terus sarung jersi Harimau Malaya
Selepas tamat aksi Piala Asia 2023 bulan lalu. netizen mula mencari pemain-pemain baru bakal memperkuatkan skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan piala dunia 2026 dan kelayakan piala asia 2027 nanti.
Nama Brendan Gan turut sama menjadi sebutan netizen. brendan gan menjadi watak penting dalam skuad harimau malaya dalam memperoleh keputusan seri dengan korea selatan dengan jaringan 3-3.
Namun begitu, brendan berkata dia akan terus bersaing bagi mendapat tempat dalam skuad kebangsaan dan terus mencurah bakti jika masih diperlukan.
Brendan yang terkenal dengan ciri kepimpinan yang baik di atas padang dan di luar padang berkata;
"Impian itu berkembang setiap minit, setiap hari sejak menyaksikan skuad ini layak ke Piala Asia di Bukit Jalil. Pertama adalah impian untuk terus hidup (Brendan pernah bertarung penyakit kanser sebelum ini).
"Kedua ialah untuk kembali ke padang untuk kelab dan kemudian beraksi dengan cukup baik untuk mencapai langkah seterusnya.
"Langkah seterusnya ialah memakai warna Harimau Malaya semula. Ini hanya peringatan, setiap orang menghadapi pertempuran mereka sendiri, besar dan kecil. Ketekunan dalam impian anda adalah kunci," kata pemain Selangor FC berusia 35 tahun itu.
Masih ada ruang kah untuk brendan gan bermain di piala asia seterusnya seandai Malaysia layak sekali lagi nanti?
Post a Comment