BAM Bantu Ng Tze Yong Cepat Sembuh
Kecederaan Ng Tze Yong dikatakan agak teruk dan boleh membuatkan pemain itu tidak dapat beraksi di pentas Olimpik yang menjadi idaman para pemain-pemain negara.
Namun begitu, BAM bantu Ng Tze Yong cepat sembuh dan kembali kepada prestasi terbaik yang pernah dia lalui sepanjang berkarier dalam sukan badminton.
Ketua perubatan BAM, Ooi Yu Hang mengesahkan kecederaan terbaru yang dialami Tze Yong dikaitkan dengan cakera tulang belakangnya. Ia berbeza berbanding ketika Terbuka Malaysia, bulan lalu yang mana kali ini ada kaitan dengan tulang belakangnya.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata dia sudah berbincang dengan Tze Yong mengenai perkara tersebut.
Rexy berkaata;
"Kita berusaha keras untuk memastikan dia kembali dalam keadaan terbaik. Kita mengharapkan dia akan kembali ok. Sayang sebab sekarang dia di ranking 15.
"Tapi jika dilihat dari apa yang dibincangkan dengan dia, memang kita dapat lihat betapa dia kecewa dengan diri sendiri.
"Dia 'frust' dengan keadaan dia. Siapa pemain yang tak nak main. Tambahan pula peluangnya untuk ke Olimpik itu sangat dekat.
"Dia juga sangat berharap akan pulih dan cuba segala yang boleh," katanya yang ditemui di ABM.
--
Kita harap Ng Tze Yong cepat sembuh dan kembali membarisi skuad kebangsaan dalam kejohanan-kejohanan besar termasuklah jelajah eropah yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.
Kita juga ketandusan pemain perseorangan lelaki yang berkaliber dan berkemampuan macam ng tze yong jadi kesembuhan dia merupakan harapan rakyat Malaysia.
Semoga cepat sembuh NG TZE YONG.
Post a Comment