Header Ads

6 Pemain Import untuk Terengganu FC musim depan

Tidak seperti pasukan besar lain, Terengganu mengambil langkah berhati-hati dang mengukur baju di badan sendiri apabila mereka hanya memutuskkan untuk menggunakan 6 orang pemain import sahaja. Ia jelas berbeza dengan beberapa pasukan lain seperti Selangor dan JDT yang akan menggunakan 10 import musim ini.


6 Pemain Import untuk Terengganu FC musim depan



Tampil menjelaskan perkara tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas berkata ;


"Setakat ini kita masih kekal dengan pendirian untuk menyenaraikan hanya enam tonggak import bagi mengharungi saingan Liga M biarpun pihak MFL membenarkan sepuluh kuota import dan enam pemain boleh beraksi di atas padang sekali gus.


"Hal ini sebagai langkah penjimatan dalam perbelanjaan bagi memastikan pengurusan kewangan dalam pasukan tidak berdepan masalah terutama berkaitan pembayaran gaji pemain.


"Bagaimanapun jika peruntukan kewangan kita bertambah, kita akan memikirkan semula sama ada bakal menambah jumlah pemain import ataupun kekal," katanya 


Musim hadapan kita bakal menyaksikan pasukan Terengganu memberi fokus kepada saingan domestik sahaja selepas gagal layak ke AFC CUP berbanding musim lalu yang mana mereka bermain di kejohanan asia tersebut.


dengan pengurangan import ia dapat menjimatkan perbelanjaan pasukan tfc sendiri seterusnya membolehkan mereka mengurus pasukan dengan lebih baik.


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.