Tak Mudah Wakili Skuad Malaysia - Romel Morales
Wira bola sepak Malaysia, Romel Morales mengatakan tidak mudah untuk mewakili skuad kebangsaan Malaysia kerana perlu cepat menyesuaikan diri dengan pasukan.
Untuk pengetahuan korang, Romel baru sebulan sahaja menjadi pemain naturalisasi Malaysia dan terus dibawa ke Piala Asia. Sudah pasti ia cabaran yang besar buat dirinya bersama dengan rakan-rakan pasukan yang baru.
Romel kali terakhir beraksi bersama KL City musim lalu dan dijangka akan menyertai skuad JDT selepas perpindahan itu diberikan oleh TMJ sendiri.
Pemain tinggi lampai itu berkata; "Ia tidak akan mudah untuk berada di sini (bersama pasukan kebangsaan). Anda tahu saya perlu menyesuaikan diri dengan cepat dengan pasukan.
"Jadi saya mencuba dan berikan yang terbaik untuk berada dalam skuad ini," katanya
"Saya sangat berterima kasih kepada jurulatih memberi peluang itu dan pada saat-saat akhir saya percaya boleh melakukan sesuatu untuk membantu negara.
"Saya harap mereka mereka berasa bangga dan selepas melakukan kerja yang sangat sukar. Sekarang kita boleh menunjukkan kepada semua orang bahawa kita boleh bertarung walaupun dengan menentang pasukan Piala Dunia," katanya.
Tugas Romel Morales tidak akan berhenti di Piala Asia sahaja. Memandangkan dia juga masih muda dan baru berusia 26 tahun, dia pasti menjadi aset skuad Malaysia menjelang kelayakan piala dunia menentang oman pada bulan mac 2024 nanti.
Ayuh berikan sokongan anda kepada Romel Morales sebagai kekuatan moral kepada pemain ini. Ayuh Romel morales, anda boleh lakukannya!
Post a Comment