Header Ads

Satu Permulaan yang Baik - Lee Zii Jia

 Pemain perseorangan lelaki no 1 negara, Lee Zii Jia baru-baru ini meluahkan rasa lega dengan prestasinya untuk permulaan tahun 2024. Zii Jia yang tersingkir di pentas suku akhir dalam kejohanan Yonex Sunrise India Open 2024 baru-baru ini.


Satu Permulaan yang Baik - Lee Zii Jia



Zii Jia berkata;


"Satu permulaan yang baik dan ini suku akhir pertama dan ia permulaan yang agak mencabar. Tahun lalu kalau saya tidak silap suku akhir pertama saya di kejohanan Seluruh England dan selepas itu sering kalah di pusingan pertama dan kedua.


"Ini kejohanan kedua (Terbuka India) dan saya berjaya mara sehingga ke suku akhir. Bagi saya ini satu yang positif dalam usaha meningkatkan lagi prestasi saya," katanya


"Saya perlukan kesabaran dalam perlawanan kerana kadang-kala beberapa mata boleh membezakan keputusan perlawanan.


"Ada beberapa mata saya boleh dapat daripadanya namun kesilapan sendiri membuatkan saya tewas dalam perlawanan ini," katanya.

Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.