Ramai Pemain Kacukan Baru Untuk Harimau Malaya
Disebabkan pemain Naturalisasi sekali lagi mengecewakan peminat harimau malaya, kini ramai yang mula mencari pemain berdarah kacukan untuk menggantikan mereka menjelang aksi kelayakan piala dunia tidak lama lagi.
Antara yang menjadi sebutan adalah bekas pemain akademi manchester united Thomas Roy Sang. Dia yang kini bermain untuk Port Vale di Liga Divisyen 3 England menjadi sebutan ramai selepas aksi piala asia skuad negara tamat dengan memalukan.
Katanya, Thomas Roy Sang atau Tom Sang dikatakan mempunyai pertalian darah Malaysia melalui datuknya. Bapanya juga seorang pemain bola sepak di England.
Biodata Tom Sang.
Nama Penuh; Thomas Roy Sang
Lahir Liverpool
Usia : 24 tahun.
Posisi : Pertahanan ( lebih banyak bermain di bahagian kanan )
Biodata Jason Van Duiven
Pemain kedua di cadangkan untuk bermain dengan Harimau Malaya adalah Jason Van Duiven. Dia kiini bermain di Belanda dan bermain id kelab Almere City dengan status pinjaman.
Kelab asalnya adalah PSV Eindhoven. Dia yang juga mempunyai ketinggain 1.75m baru membuat debut bersama kelabnya baru-baru ini.
Darah kacukan melalui neneknya.
Kesemua pemain-pemain ini boleh bermain jika proses dokumentasi selesai dan di sahkan betul-betul mempunyai darah Malaysia seperti pemain-pemain lain.
Semoga ada sinar baru untuk bola sepak Malaysia.
Post a Comment