Header Ads

Pengadil Malaysia Cipta Sejarah Adili Pusingan 16 Piala Asia 2023

Semalam telah mencatatkan satu sejarah baru dalam dunia bola sepak Malaysia apabila 3 pengadil dari Malaysia bertugas untuk perlawanan pusingan 16 Piala Asia 2023. Pengadil dari Malaysia seramai 3 orang itu mengadili perlawanan Uzbekistan vs Thailand.


Sebelum ini pengadil yang sama mengadili perlawanan Syria vs Vietnam di peringkat kumpulan. Pengadil tersebut adalah Muhammad Nazmi Nasaruddin dan dibantu dua pembantu pengadil dari Malaysia, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid.


Pengadil Malaysia Cipta Sejarah Adili Pusingan 16 Piala Asia 2023



Namun begitu, perlawanan tersebut menyaksikan pasukan Thailand di hantar pulang selepas kalah 1-2 kepada Uzbekistan. Ia juga menjadi pasukan terakhir dari Asia tenggara yang masih beraksi di pusingan 16 terbaik.


Prestasi pengadilan Nazmi memang tak perlu di sangkal lagi apabila dia dengan tenang mengawal permaianan apabila kedua-dua pasukan saling bertukar-tukar serangan.


Bahkan dia juga tidak terikut-ikut rentak mana-mana pasukan sebaliknya memahami permainan kedua-ddua pasukan dan mengadili mereka dengan baik sekali.


Kita doakan juga agar pengadil-pengadil kita ini dapat mengadili perlawanan suku akhir nanti. Perlawanan masih banyak dan pasti ia akan memberi peluang mereka menimba pengalaman yang baik di pentas Asia.



ليست هناك تعليقات

Jom komen ! :)

يتم التشغيل بواسطة Blogger.