Pemain Malaysia bersaing dengan baik, Kim Pan Gon Gembira melihat perkembangan positif
Kim Pan Gon kini bersama gembira dengan anak buahnya selepas melihat mereka bersaing dengan baik dalam pasukan sebelum aksi piala asia yang bermula pada awal pagi selasa. Malaysia akan berlawan dengan Jordan dalam aksi pembukaan kumpulan.
Kim Pan Gon berkata kepada media; "Semua pemain bersaing dengan cukup baik dan saya gembira dengan apa yang telah ditunjukkan oleh mereka. Sesiapa sahaja boleh berada dalam kesebelasan utama.
"Ia adalah kelebihan yang berjaya kami capai dalam perlawanan ini. Seterusnya, staf kejurulatihan akan melihat semula perlawanan ini untuk menilai pemain yang akan beraksi dalam kesebelasan utama untuk perlawanan menentang Jordan," katanya.
"Selepas sebulan tanpa perlawanan dan hanya dengan latihan sahaja, pemain menunjukkan persembahan baik dalam perlawanan persahabatan ini.
"Kami mendapat masa yang cukup untuk melakukan persiapan dan tiada pemain yang cedera menjelang perlawanan pertama nanti," katanya.
--
Debaran kian terasa, skuad negara hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum beraksi di pentas terbesar asia ini. ayuh doakan skuad negara berjaya dalam kejohanan kali ini.
Post a Comment