Header Ads

Lee Zii Jia Gagal Raih Kejuaraan Pertama 2024 di India

Berita sedih yang kita terima petang ini adalah pemain badminton negara, Lee Zii Jia terkadas di terbuka India sebentar tadi. Walaupun dia dilihat makin baik di kejohanan ini tetapi dia terpaksa akur dengan kehebatan pemain dari Jepun Kodai Naraoka.


Lee Zii Jia Gagal Raih Kejuaraan Pertama 2024 di India




Zii Jia terlebih dahulu memenangi perlawanan pertama dengan 21-13. Dia banyak mengawal permainan dan memberi tentangan kepada Kodai. Namun begitu, kemudian dia kalah dalam dua set terakhir dengan mata 9-21 dan 16-21.


Pertemuan hari ini adalah kali keempat membabitkan kedua-dua pemain dengan Naraoka mengungguli tiga daripada pertemuan itu.


Zii jia yang ditemui media berkata;


"Saya sudah cuba melakukan yang terbaik dalam perlawanan hari ini. Apabila anda bermain menentang Naraoka, semuanya adalah mengenai kesabaran, anda perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.


"Pada set kedua dan set ketiga terutamanya selepas 11 mata, saya hilang sabar dan ia memberi kesan kepada saya," kata Zii Jia 

Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.