Header Ads

Kelantan FC Akan Buat Rayuan Kepada FAM

Baru-baru ini, Pihak FIB MFL telah mengeluarkan satu kenyataan yang mana mereka tidak memberi lesen kebangsaan kepada pasukan Kelantan FC susulan gagal untuk melengkapkan dua kriteria kewangan dibawah sub kriteria F.04 dan F.11. 


Pemilik Kelantan FC berkata, pasukan itu sedang untuk menghantar rayuan kepada jawatankuasa tersebut bagi mengelakkan dari tercicir dari saingan liga musim baru nanti.


Kelantan FC Akan Buat Rayuan Kepada FAM




"Kelantan FC akan 'submit' rayuan walaupun kita agak terkejut dengan keputusan kerana kita 'submit' semua dokumen.


"Pertama, kita dah selesaikan semua gaji dan apa-apa perkara babitkan tujuh pemain dan semuanya dah selesai. Perkara kedua berkenaan jurulatih juga dah selesai, itu faktanya.


"Kemudian ketiga pasal lima kes Fifa (babitkan tunggakan gaji pemain dan jurulatih import), itu pun kita dah hantar pada pukul 11 malam (31 Disember 2023).


"Persoalannya kenapa FIB terburu-buru untuk mengumumkan lesen kita dibatal, sedangkan kita dah hantar pada malam tersebut. Terdapat juga kelab pasukan bola lain yang mempunyai masalah tunggakkan gaji, tetapi kenapa diluluskan lesen dan kenapa Kelantan FC tidak dapat.


"Gaji dah selesai yang bulan 8 (Ogos 2023), apa semua kita dah selesai. Malah persetujuan bersama juga dah selesai. Kita diberi peluang merayu dan kita akan buat rayuan juga," katanya ketika dihubungi Arena Metro.


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.