Header Ads

Fokus Pemain Muda Menjelang Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027

Ramai yan mula melontarkan idea kepada jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan gon mengenai pemilihan pemain yang lebih baik menjelang aksi kelayakan piala dunia 2026 dan Piala Asia 2027 pada bulan Mac nanti.


Skuad negara bakal berkunjung ke Oman nanti dan menerima kunjungan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil seminggu selepas itu. Rata-rata meminta Kim Pan Gon menambah beberapa pemain muda bagi memperkuatkan pasukan.


Fokus Pemain Muda Menjelang Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027



Ia berikutan skuad sedia ada masih mempunyai 10 pemain berusia 30 tahun keatas. Selain memberi peluang, Pan Gon juga boleh menambah pengalaman mereka sebelum betul-betul di panggil beraksi dengan skuad utama.


Pemerhati bola sepak tanah air, Datuk Richard Scully berkata kepada Harian Metro, 


"Umur salah satu faktor, tetapi ia diikuti oleh pengalaman. Untuk masa dan ketika ini, kita memerlukan kematangan dan pengalaman.


"Bagi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 (Piala Asia 2027) sebaiknya yang sedia ada ini bermain kerana pendedahan di Piala Asia di Qatar itu membawa kepada penambah nilai untuk mereka.


"Untuk pusingan kelayakan ini, eloklah walaupun umur menjadi bualan tapi ia diikuti dengan pengalaman yang pemain itu ada.


"Tidak boleh buat rombakan terlalu besar kerana pengalaman yang kita dapat di Doha cukup berharga. Ini kerana mereka rasa kalah, sakit dan perit dan semua ini resipi yang perlu ada," katanya.


"Pemain ini boleh mendapatkan pendedahan lebih awal dan untuk mereka bermain di pentas tertinggi (bersama pasukan senior), mungkin belum lagi.


"Tetapi untuk jangka masa panjang, Pan-gon sudah boleh melihat skuad B-23 dan B-19. Yang ke bawah, projek pembangunan akan menjalankan tugas mereka untuk menyalurkan pemain terbaik ke peringkat seterusnya," katanya.


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.