Belum ada Bayangan Atlet Badminton Boleh Sumbang Pingat Sukan Olimpik Paris
Bulan Januarri bakal melabuh tirainya tidak lama lagi. Jadi ini bermakna kita masih mempunyai 6 bulan untuk menyediakan pasukan mantap menjelang pembukaan Olimpik Paris yang dijangka akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Namun begitu, apabila ditanya mengenai atlet mana yang mampu membawa pulang pingat dari Paris nanti, Pengarah kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky masih belum ada yang mampu melakukan demikian.
Bahkan kemungkinan sasaran boleh diletakkan kepada aaron chia dan wooi yik.
Rexy berkata ;
"Jika ditanya, pasti kita mahu semua atlet yang beraksi di Olimpik boleh bawa pulang pingat tapi kalau dilihat dari segi prestasi mereka ketika ini, peluang itu belum nampak.
"Keyakinan untuk berjuang merebut pingat itu belum ada terutama untuk Pearly-Thnaah, Tang Jie-Ee Wei.
"Tapi kita masih tetap positif bahawa barisan jurulatih akan mempertingkatkan prestasi menjelang temasya Paris nanti kerana saya percaya kita masih lagi boleh menjadi sebagai salah satu negara yang mencabar pingat," katanya.
"Untuk Pearly-Thinaah tumpuan sekarang ini untuk meningkatkan kekuatan fizikal dan strategi untuk kembali ke kelompok Top 10.
"Manakala bagi Tang Jie-Ee Wei pula kita harapkan mereka kembali meraih keyakinan selepas sedikit hilang kepercayaan diri berbanding kemajuan dicapai pada Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, Disember lalu," tambah Rexy.
Post a Comment