Header Ads

Rehat Panjang, Liga Super 2024 bermula Mei

Agak mengejutkan juga apabila, pengendali Liga Malaysia mengumumkan yang mana sesi baru bola sepak Malaysia hanya akan bermula pada bulan Mei 2024 ini. Ia sekali gus menjawab teka-teki mengenai tempoh 'cuti' para pemain untuk selepas liga tamat baru-baru ini.


MFL memaklumkan yang mereka terpaksa menganjak tarikh pembukaan liga setelah mengambil kira banyak isu yang bakal berlaku pada awal tahun hadapan.


Rehat Panjang, Liga Super 2024 bermula Mei



Sebagai contoh, bulan januari dan februari skuad negara akan bermain dalam Piala Asia 2024 sekali gus menyebabkan liga tidak dapat bermula. 

Kemudian pada bulan Mac dan April pula, kita akan sibuk dengan bulan ramadhan dan hari raya aidilfitri. Jadi ia agak sukar untuk pasukan-pasukan dalam liga membuat aksi pra musim ketika itu.

Begitu juga dengan Piala Asia bawah 23 tahun yang juga berlangsung di Qatar pada bulan Mac agak menyukarkan pihak MFL untuk memulakan liga. Pada masa yang sama kelebihan ini untuk skuad kebangsaan menyediakan pasukan terbaik di Piala Asia nanti. 


"Selepas Liga M melabuhkan tirai pada 17 Disember lalu, pemain Harimau Malaya akan melaporkan diri ke kem latihan pusat pada 26 Disember 2023 sebelum mengharungi Kejohanan Piala Asia 2023 di Doha, Qatar pada 12 Januari hingga 10 Februari 2024.


"Kemudian tugasan skuad Harimau Malaya akan diteruskan dengan perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada 21 dan 26 Mac 2024," katanya.


"Selain itu, Sabah FC juga bakal meneruskan kempen Piala AFC peringkat separuh akhir Zon Asean pada 13 atau 14 Februari 2024 serta pembabitan pemain muda kelab Liga Malaysia bersama Skuad B-23 negara di pusingan akhir Piala Asia B-23 Doha, Qatar bermula pada 15 April 2024 sehingga 3 Mei 2024.


"Dengan beberapa tugasan antarabangsa pada awal tahun ini khususnya membabitkan skuad Harimau Malaya dan Skuad B-23, MFL juga mengambil kira kekangan masa pasukan-pasukan dalam membuat persiapan menjelang musim baharu liga 2024/2025 berikutan sambutan Ramadan daripada awal Mac 2024 dan perayaan Aidilfitri dijangka pada 10 atau 11 April 2024," katanya.


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.