Header Ads

Kim Pan Gon Panggil Daniel Ting

 Selepas Azam Azmi murad yang hadir ke kem pusat semalam tetapi tidak dapat meneruskan sesi latihan atas faktor kederaan lutut. Kecederaan itu dijangka akan mengambil masa yang lama.

Jadi Kim Pan gon mengambil keputusan untuk memanggil pemain Sabah, Daniel Ting untuk menggantikan Azam.


Kim Pan Gon Panggil Daniel Ting


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di facebook Persatuan bola sepak Malaysia, Kim Pan Gon berkata;


Daniel Ting Tersenarai Ke Latihan Pusat Harimau Malaya

Pemain pertahanan kiri, Daniel Ting dari Sabah FC yang sebelum ini berada dalam Senarai Bersedia, dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan, hari ini bagi menghadapi dua perlawanan Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz pada 16 November dan Chinese Taipei pada 21 November 2023.

Daniel menggantikan Azam Azmi Murad dari Terengganu FC yang hadir melapor diri, Jumaat lalu tetapi terpaksa dilepaskan, semalam selepas pemeriksaan doktor mendapati terdapat kebimbangan kecederaan pada lututnya.

Dengan ketiadaan Azam, posisi pertahanan kanan akan diisi oleh Matthew Davies dan Syahmi Safari yang mana Syahmi sebelum ini dipersiapkan untuk bersama-sama La'Vere Corbin-Ong di posisi pertahanan kiri.

Semoga Azam cepat kembali sembuh dan seterusnya dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang.

KIM PAN GON

Ketua jurulatih kebangsaan

Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.