JDT Menang tipis kalahkan Ulsan Hyundai, Hidup Peluang layak Ke Pusingan seterusnya

JDT dilihat cuba mengembalikan peluang untuk layak pusingan seterusnya. Semalam JDT mengalahkan juara Liga Korea, Ulsan Hyundai dengan jaringan 2-1. Perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.

JDT memulakan perlawanan ddengan memberi tekanan kepada Ulsan. Forestieri hampir membuka jaringan awal selepas percubaannya ditampan oleh penjaga gol Jo Hyeon Woo.


JDT Menang tipis kalahkan Ulsan Hyundai, Hidup Peluang layak Ke Pusingan seterusnya




Percubaan kedua forestieri pula sekadar menerpa palang sahaja.

Pada minit kw 40, Bergson hampir membuka jaringan tetapi percubaan melencong bergson hanya singgah ke palang gol. 

Gol yang dicari akhirnya muncul pada mnit ke 44. Ia terhasil dari umpanan cantik Afiq Fazail kepada Heberty dan kemudian dia pusingkan badang dan meleretkan bola melepasi Hyeon woo.

Bersambung separuh masa kedua, Ulsan tidak henti-henti menyerang JDT tetapi ketangkasan Syihan membuatkan mereka gagal mendapatkan gol yang dicari.

Sehinggalah pada minit ke 68, Ataru Esaka berjaya menjaringkan gol penyamaan. Dia yang tidak dikawal dengan baik dengan mudah menendang masuk bola mengalahkan Syihan.

Akhyar Rashid berjaya menjadi hero apabila menjaringkan gol kemenangan 3 minit sebelum perlawanan tamat. 

Keputusan Akhir JDT 2-1 Ulsan Hyundai.

Keputusan ini juga menyaksikan pasukan JDT membuka semula ruang untuk layak ke pusingan seterusnya. Mereka akan bertemu dengan Kawasaki Frontale pada 28 November ini dan juga pasukan BG Pathum pada bulan seterusnya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama