Penantian 6 tahun Aaron Chia dan Soh Wooi yik berakhir
6 tahun bukanlah satu masa yang singkat. Namun mereka tetap berusaha dalam setiap kejohanan yang disertai mereka. Akhirnya Aaron Chia dan Soh wooi yik berjaya merangkul kejuaraan Terbuka denmark semalam.
Pasangan beregu lelaki negara berjaya mengalahkan beregu lelaki Indonesia iaitu Muhammad Shohibul Fikri- Bagas Maulana dengan keputusan 21-13 dan 21-17.
Mereka mengambil masa hanya 33 minit sahaja untuk mengalahkan lawan seterusnya merangkul kejuaran kali ini.
Untuk rekod, aaron dan wooi yik berjaya mengalahkan pasangan dari Indonesia ini sebanyak 3 kali dalam 4 pertemuan mereka.
Hadiah di menangi beregu negara untuk terbuka denmark kali ini adalah bernilai wang tunai US$62,900 (RM299,875) dan 11,000 mata BWF.
Post a Comment