Header Ads

Pan Gon Tak Risau Jerebu Di Bukit Jalil

Menjelang rehat antarabangsa bulan oktober 2023 yang sedang berlangsung ini. Skuad Malaysia akan menghadapi pesta bola merdeka yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Malaysia akan bertemu dengan India pada 13 Oktober 2023 ini dan akan bertemu dengan Palestin pada 4 hari berikutnya.


Namun kedudukan Palestin masih belum diketahui selepas Taufan Aqsa sedang hangat berlangsung. Kemungkinan Tajikistan akan menggantikan tempat mereka. Pestabola Merdeka juga merupakan satu kejohanan yang sudah lama tidak dilakukan oleh FAM dan apabila dikira balik sudah 10 tahun dari kali terakhir ia dianjurkan.


Pan Gon Tak Risau Jerebu Di Bukit Jalil



Pan gon juga mendapat tonik tambahan selepas penolongnya Elavarasan kembali membantunya di skuad kebangsaan selepas berkhidmat di skuad b23 tahun.


Ada satu isu yang besar sedang berlaku iaitu isu masalah kualiti udara di Bukit Jalil yang semakin buruk kerana jerebu juga tidak menjadi masalah buat kim pan gon bagi membuat perancangan rapi menjelang perlawanan bertemu India nanti.


Malah Pan Gon juga tidak risau dengan keadaan itu kerana dia yakin yang pemain-pemainnya juga sudah terbiasa dengan perkara tersebut.


Pan gon berkata; "Saya rasa kondisi badan dan DNA pemain Malaysia sudah terbiasa dengan situasi seumpama ini. Walaupun hujan atau panas, saya tidak terlalu risau mengenainya.


"Namun, kami akan cuba mendapatkan sokongan daripada pasukan sains sukan dan pakar perubatan untuk memastikan tiada pemain yang sakit atau cedera," katanya.


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.