Header Ads

Negeri Sembilan FC ada masalah tunggakan gaji

Kekalahan negeri sembilan di laman sendiri kepada perak baru-baru ini mencetuskan kerisauan dalam kalangan peminat pasukan itu dan mendakwa ada masalah tunggakan gaji pasukan. Susulan itulah menyebabkan pemain gagal memberikan fokus kepada perlawanan.


Negeri Sembilan FC ada masalah tunggakan gaji


Mengulas mengenai perkara tersebut, penolong ketua pasukan Negeri Sembilan FC, Nasrullah Hanif Johan berkata "Kami berharap pihak pengurusan kelab (NSFC) jika boleh dapat menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain secepat mungkin untuk kepentingan pemain dan pasukan," 


"Secara peribadi sebolehnya saya tidak mahu fokus dan semangat rakan-rakan terganggu disebabkan masalah tunggakan gaji ini sedangkan tugas mengharungi cabaran Liga Super musim ini belum berakhir.


"Menjadi hasrat kami untuk memberikan persembahan terbaik dalam baki tiga perlawanan Liga Super dan mengharapkan pasukan dapat memenangi kesemua baki perlawanan berkenaan.


"Ini penting dalam usaha memastikan kedudukan pasukan dalam carta liga dapat diperbaiki sekali gus menamatkan saingan Liga Super musim ini pada kedudukan yang lebih baik berbanding tempat kesembilan ketika ini," katanya di sini, hari ini.


Nasrul juga memberi tahu yang pihak pengurusan telah menerangkan siuasi yang berlaku terhadap pengurusan yang mengalami masalah kewangan. Tetapi mereka sudah janji akan bayar gaji secepat mungkin kepada pemain.


Nasrul turut menambah "Kami semua memahami keadaan yang dihadapi dan menaruh keyakinan tinggi terhadap kepemimpinan kelab untuk menyelesaikan perkara ini untuk kepentingan kedua-dua pihak.


"Selaku pemain senior dan ketua pasukan, saya sendiri sudah berbincang dengan rakan-rakan serta meminta mereka memberikan kerjasama baik dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan reputasi serta imej pasukan seperti menguar-uarkan di laman sosial dan sebagainya," katanya.



Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.