JDT Sudah Bersedia Menentang Ulsan Hyundai
Menjelang pertemuan dengan gergasi bola sepak Asia dari Korea Selatan Ulsan Hyundai. Anak Buah Tano Solari sudah bersedia dari segi mental dan fizikal bagi membawa pulang 3 mata dari negara kpop itu. Bercakap kepada media, Solari berkata setelah persiapan rapi dilakukan sejak 10 bulan yang lalu mereka semakin bersedia untuk menentang pasukan itu..
Keyakinan JDT untuk Kalahkan Ulsan Hyundai
Sebelum ini Jdt sudah pernah mengalahkan pasukan ulsan ini ketika beraksi di Johor pada April 2022 yang lalu. Jadi tidak mustahil mereka mampu membuat kejutan yang sama malam ini.
Solari berkata; "Saya difahamkan Ulsan membawa masuk beberapa pemain muka baharu dan pastinya mereka akan tampil dengan corak permainan berbeza.
"Bagi saingan ACL, kami membuat persiapan sejak 10 bulan lalu termasuk aksi menentang kelab dari Korea Selatan.
"Jadi, kami bersedia berdepan Ulsan dengan membuat persiapan serius secara psikologi serta fizikal dan pemain tampak tidak berdepan masalah untuk beraksi.
"Tidak dinafikan Ulsan dibarisi pemain berkualiti dan ia bakal menjanjikan aksi berintensiti tinggi, sekali gus peluang terbaik kami beraksi dengan kualiti permainan terbaik bagi mengimbangi kekuatan lawan," katanya.
"Antara cabaran perlu digalas bagi membimbing JDT apabila pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bukan sahaja mahu JDT hebat di saingan liga tempatan, malah turut menyerlah di peringkat antarabangsa.
"ACL adalah medan terbaik untuk pamer kualiti dan kami optimis akan turun menentang Ulsan dengan aksi terbaik dan membawa pulang keputusan positif," kata Solari.
Post a Comment