Header Ads

Penang FC Pecat Pengarah Teknikal dan Pengurus Pasukan

Setelah desakan penyokong dan aksi longlai pemain penang FC, Pihak pengurusan akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan kontrak Pengarah Teknikal Kelab, Kamal Kalid dan Pengurus Pasukan Liga Super Penang FC, Ong Eng Hua berkuat kuasa serta-merta.


Penang FC Pecat Pengarah Teknikal dan Pengurus Pasukan




Dalam satu kenyataan media, YB Daniel mewakili pengurusan penang fc  membuat pengumuman tersebut.

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

Pengurusan tertinggi Penang FC mengambil maklum dan berasa amat dukacita dengan prestasi hambar pasukan senior Penang FC dalam kancah saingan Liga Super musim 2023, termasuk juga kegagalan melangkah ke pusingan seterusnya dalam kempen saingan Piala Malaysia 2023 baru-baru ini. Pihak pengurusan juga sedar bahawa langkah-langkah proaktif perlu diambil untuk kembali bangkit daripada situasi ini.

𝗦𝗲𝗷𝘂𝗿𝘂𝘀 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂, 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗙𝗖 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝘂𝘁𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗯, 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗞𝗮𝗺𝗮𝗹 𝗕𝗶𝗻 𝗞𝗮𝗹𝗶𝗱 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀 𝗣𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗟𝗶𝗴𝗮 𝗦𝘂𝗽𝗲𝗿 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗙𝗖, 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗢𝗻𝗴 𝗘𝗻𝗴 𝗛𝘂𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗮-𝗱𝘂𝗮 𝗶𝗻𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝘂 𝗶𝗻𝗶 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗮𝗽𝗮 𝗷𝘂𝗮 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗯 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗶𝗻𝗶.

Penang FC ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka di atas khidmat yang telah diberikan sepanjang mereka bersama Kelab dan pasukan.

Dengan ini juga, Ketua Jurulatih pasukan Liga Super yang baharu akan memainkan peranan sebagai Ketua Jurulatih merangkap Pengurus Pasukan untuk masa yang akan datang. Ini akan memberikan tanggungjawab penuh kepada Ketua Jurulatih yang juga merangkap Pengurus Pasukan untuk mengendalikan pasukan Liga Super Penang FC.

Langkah pembaharuan menyeluruh ini adalah untuk membawa perubahan drastik dalam tadbir urus dan penambahbaikan kepada pasukan, bagi memenuhi harapan dan aspirasi para penyokong dan peminat pasukan Penang FC. 

Sekian, terima kasih.

𝗬𝗕 𝗗𝗮𝗻𝗶𝗲𝗹 𝗚𝗼𝗼𝗶

𝗘𝗫𝗖𝗢 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮, 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 & 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴

𝗯/𝗽 : 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗙𝗖

ليست هناك تعليقات

Jom komen ! :)

يتم التشغيل بواسطة Blogger.