Header Ads

JDT Belasah KL City sampai terduduk

Juara liga super 2022, JDT nampaknya tidak punya masalah dalam mengalahkan Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan liga super minggu kw 15 semalam.


Keputusan perlawanan menyaksikan JDT menang besar 6-1 keatas pasukan pelawat. Sebenarnya perlawanan ini boleh dianggap sebagai pre-final piala fa yang akan berlangsung pada hujung bulan nanti.


JDT Belasah KL City sampai terduduk


Kalau tengook kepada keputusan ini, maka kita sudah tahu siapakah bakal juara piala fa musim ini. jadi tak yah tengok final pun dah tahu kan.  


JDT memulalkan rentang menyerang mereka seawal minit kedua apabila bergson merembat bola kearah pintu gol KL City dan percubaan itu diselamatkan oleh penjaga gol Muhammad Azim.


Pada minit ke 11 barulah JDT mendapatkan gol pertama menerusi Diogo yang menampan bola rembatan Leandro. 


Dua minit kemudian Arif aiman menjaringkan gol kedua mereka selepas menerima hantaran tepat dari Shane lowry.


Pada minit ke 35 Diogo sekali lagi menanduk masuk gol ketiga perlawanan selepas menerima hantaran cantik dari Davies.


Gol keempat pula muncul seminit sebelum rehat masa pertama dan Diogo berjaya melengkapkan hatriknya dalam perlawanan tersebut.


Pada minit ke 54, KL City berjaya menjaringkan gol menerusi Matko Zirdum. Namun pada minit ke 86, Syafiq Rahim menjaringkan gol kelima dan gol terakhir JDT di jaringkan oleh Akhyar Rashid.


Keputusan akhir, JDT 6-1 KL City.


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.