Header Ads

Bojan Hodak Tinggalkan KL City Sertai Persib Bandung

Bojan Hodak Tinggalkan KL City Sertai Persib Bandung. Hari ini kita dikejutkan dengan pengumuman peletakkan jawatan Jurulatih KL City daripada pasukan itu berkuatkuasa serta merta.


Bojan Hodak Tinggalkan KL City Sertai Persib Bandung



Ia susulan kenyataan dibuat oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad yang menyatakan pengendali berasal dari Croatia itu mengambil keputusan berhijrah ke pasukan lain selepas bersama KL City selama tiga musim.


Khalid berkata, 


"Selama tempoh tiga tahun ini, pencapaian teramat baik dalam sejarah KL City apabila bukan sekadar memenangi Piala Malaysia pada 2021 namun turut layak ke final Piala FA pada musim ini.


"Pada masa sama, di bawah kendalian Hodak kita melangkau ke peringkat Asia di mana sudah layak ke final Piala AFC.



"Hodak sudah menerapkan budaya kerja dan taktikal permainan profesional yang tinggi. Kita amat sedih untuk melepaskannya namun terpaksa akur kepada keputusan Hodak,"katanya, 


Selang selepas pengumuman itu, Bojan Hodak telah rasmi menyertai pasukan gergasi indonesia, Persib bandung bagi menggantikan Luis Milla yang dipecat sebelum ini.

Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.