Malaysia U17 masih jauh berbanding skuad Yaman U17
Malaysia U17 masih jauh berbanding skuad Yaman U17. Kesimpulan awal yang kami buat apabila menonton perlawanan anak muda kita di pentas sukan asia bawah 17 tahun sebentar tadi.
Sebenarnya skuad ini diletakkan harapan yang tinggi untuk layak ke Piala Dunia bawah 17 oleh FAM. Namun jika dilihat kepada keputusan malam ini, agak sukar untuk menjangkakan yang kita boleh layak atau tidak.
Yaman membuka jaringan dalam perlawanan ini menerusi Abdulrahman Al-Khader pada minit ke-21. Pada minit ke 31, Adel Abbas menambah derita skuad negara untuk gol kedua.
bersambung babak kedua, skuad negara terus longlai apabila memberikan penalti kepada pasukan lawan apabila bola terkena tangan Faris Danish.
Penalti itu diambil oleh Anwar Al Turaiqi yang mengambil sepakan itu mudah menewaskan penjaga gol negara, Farish Farhan di minit 47.
Gol terakhir muncul pada minit ke 88 apabila gol itu merupakan gol sendiri yang dijaringkan oleh adib ibrahim.
Skuad negara perlu menang dua perlawanan terakhir kumpulan untuk layak ke pusingan seterusnya.
Post a Comment