Header Ads

Kad merah kedua 'mematikan' rentak permainan - Jurulatih Terengganu

Jelas sekali kesukaran untuk bangkit di hadapi oleh pasukan Terengganu selepas terpaksa bermain dengan 9 orang pemain menentang JDT di tempat sendiri semalam. Jurulatih TFC berkata kad merah kedua mematikan pasukannya untuk memburu kemenangan dalam perlawanan ini.


Kad merah kedua 'mematikan' rentak permainan - Jurulatih Terengganu




Tomislav Steinbruckner BERKATA ; "Secara keseluruhan saya begitu berpuas hati dengan corak permainan yang diperagakan pemain terutama pada 50 minit pertama, malah jaringan penyamaan juga diperoleh sebelum pengadil memberi kelebihan kepada pasukan JDT dengan sepakan penalti pada masa kecederaan separuh masa pertama yang disifatkan anak buah saya sebagai tidak wajar kerana situasi itu saya tidak nampak jelas.



"Ketika rehat, saya ingatkan mereka bahawa masa perlawanan masih panjang dan cuba kekalkan aksi semasa, saya sudah sediakan dua pemain simpanan, namun apabila Argzim Redzovic diperintahkan keluar padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-52, ia sedikit sebanyak merubah rentak permainan.


"Kad merah kedua dilayangkan kepada Ivan Mamut bagaikan 'mematikan' rentak permainan anak buah kami yang sebelum itu beraksi dengan cemerlang, agak sukar buat mana-mana pasukan bermain sembilan pemain dengan permainan berbaki 20 minit terakhir untuk menyaingi lawan, namun mereka tidak berputus asa sebaliknya terus memberikan saingan dengan kerap menyerang," jelas Steinbruckner ketika ditemui selepas tamat perlawanan.


"Bukan hanya kerana penalti dan kad merah sahaja kami tewas, namun banyak kesalahan berlaku dalam kawasan tengah menyebabkan kami hilang rentak, tambahan pemain juga banyak membuat kesalahan dari bahagian belakang, situasi ini harus segera diperbaiki untuk perlawanan seterusnya," jelas Steinbruckner.


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.