Header Ads

Selepas Dimalukan di Sukan SEA, FAM Kerah Keringat Luqman dan Laine Untuk AFF B23

Prestasi terumbang amBing skuad muda negara ketika dalam sukan SEA 2023, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi bayangan yang skuad itu akan dirombak dan akan diperkuatkan oleh pemain yang bermain di luar negara.


FAM Kerah Keringat Luqman


Ditambah pula skuad bawah 23 juga akan beraksi di kelayakan Piala Asia di Thailand pada September nanti.

Datuk Hamidin berkata;  

"FAM sudah berhubung dengan Luqman Hakim dan Nooa, dua pemain ini memang dapat dilepaskan kali ini, jadi FAM harap skuad B-23 dapat bentuk pasukan yang mantap untuk pusingan kelayakan akan datang," katanya kepada pemberita di sini.

"Tetapi kena ingat kejohanan B-23 AFF bukan dalam kalendar FIFA, ramai pemain tidak akan dilepaskan (kelab) jadi dia (Elavarasan) akan cuba pemain yang tidak terlibat dengan aksi Liga Malaysia," katanya.

Untuk rekod, Skuad muda negara hanya berjaya bermain di peringkat kumpulan sahaja dalam aksi sukan sea baru-baru ini dan ia turut membuatkan peminat tertanya-tanya mengenai persiapan pasukan menjelang kalender penting aksi antarabangsa.

ليست هناك تعليقات

Jom komen ! :)

يتم التشغيل بواسطة Blogger.