Header Ads

"Saya bukan tolak gaji, saya tahan" Zamsaham

 Isu tunggakan gaji pemain kelantan mula mendapat perhatian media selepas penjaga gol pasukan kelantan fc telah mewakili pemain lain membuat laporan ke PFAM. Sebelum ini ada laporan media mengatakan ada pemain kelantan yang ditarik keretanya kerana tidak mendapat gaji sehinggakan menambah stress dalam hidup mereka.


"Saya bukan tolak gaji, saya tahan" Zamsaham



Pemilik Kelantan yang berdiam diri sebelum ini tampil menjelaskan situasi yang berlaku, Zamsaham berkata; 

"Sebelum ini semua pemain dapat gaji penuh. Benar, memang ada lambat dan ada bulan bayaran secara berperingkat dalam bulan sama, tapi tiap-tiap bulan semua pemain tetap dapat jumlah gaji penuh. Tak benar dua bulan gaji tertunggak.


"Tapi ini bila kekalahan berterusan 10 kali. Saya kata nak gaji penuh April bagilah saya kemenangan. Main betul-betul sungguh. Saya bukan tolak gaji, saya tahan," katanya yang mempertahankan dirinya.


"Saya nak cari duit susah. Biarlah rasa berbaloi dengan kemenangan. Kalau tak menang, seri pun jadilah. Takdir ya takdir, tapi kenalah usaha lebih.


"Untuk 'match' minggu ini, berikan yang terbaik dan kemenangan. Kalau tak menang usahalah sehabis baik kepada seri. Kalau kalah, biarlah kalah bermaruah.


"Saya telah bayar semua gaji, takda tunggakan dan saya janji baki gaji yang ditahan 50 peratus semua akan dibayar. Mainlah sehabis baik. Saya nak menang sebenarnya, itu saja," katanya.


ليست هناك تعليقات

Jom komen ! :)

يتم التشغيل بواسطة Blogger.