Kim Pan Gon Perlu Buat Penilaian Pemain Naturalisasi - DATUK Jamal Nasir Ismail
Isu pemain naturalisasi negara terus hangat di persoalkan dan dibincangkan. Pada Mac lalu, Harian metro ada mengeluarkan satu artikel bertajuk Harimau Malaya harus utamakan anak tempatan - Jamal Nasir yang mengulas mengenai keperluan Naturalisasi kepada skuad Kim pan gon.
Dalam temubual itu, Datuk Jamal berkata; "Kalau jurulatih rasa pemain naturalisasi itu bagus dan lebih baik daripada pemain tempatan, memang bagus untuk diambil kerana ia dapat membantu pasukan.
"Tetapi maaf cakap, kalau pemain naturalisasi itu lebih kurang atau pemain tempatan lebih bagus, baik ambik pemain tempatan daripada tetap senaraikan naturalisasi.
"Bukan apa, bila terlalu ramai pemain naturalisasi tetapi tak ada impak ia akan buat anak tempatan tawar hati dan tak mahu main untuk negara. Jadi jurulatih kena nilai sebaik-baiknya.
"Contoh macam (Guilherme) De Paula, tengok macam mana dia main, pemain tempatan lebih baik daripada dia tapi tak diberi peluang sebelum ini. Lee Tuck pun sama, macam mana sepakan penalti tak boleh masuk (ketika Kedah lawan Penang dalam Piala FA), sedangkan sebagai pemain naturalisasi dia kena lebih baik daripada tempatan.
"Jurulatih negara kendalian Kim Pan-gon kena buat penilaian sebaiknya tentang keupayaan setiap pemain termasuk pemain naturalisasi," katanya ketika dihubungi Arena Metro.
Post a Comment