Badminton: Pearly Tan-M Thinaah Banggakan Malaysia Layak Ke Final Masters Malaysia 2023
Kehebatan Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah jelas terpancar dalam aksi separuh akhir Masters Malaysia hari ini. Mereka umpama berada di kelas tersendiri selepas mengalahkan beregu dari korea Jeong Na Eun/Kim Hye Jeong.
Mereka menang dengan secara dramatik sekali. Ramai yang menonton aksi mereka sambil berlinangan air mata. Ketinggalan 2 -12 di game kedua tidak mematahkan semangat mereka untuk memenangi perlawanan ini.
Semalam mereka mengalahkan beregu Jepun yang juga pilihan keempat kejohanan itu dengan keputusan 13-21, 21-19, 21-16. kali ini mereka buat sekali lagi kepada beregu korea selatan.
Pearly Tan/M.Thinaah berjaya menewaskan Jeong Na Eun/Kim Hye Jeong dalam aksi yang cukup menghiburkan dan memenatkan dengan 21-19, 23-21
What a comeback di set kedua. Ketinggalan 2-12 untuk slow slow kejar dan menang terus di set kedua.
Esok mereka bakal bertemu satu lagi pasangan dari Korea Selatan iaitu Baek Ha Na/Lee So Hee.
Tahniah Pearly/Thinaah !!!! 👏🏻🇲🇾
Post a Comment