3 Faktor Kegagalan Skuad Bola Sepak Sukan SEA
3 Faktor Kegagalan Skuad Bola Sepak Sukan SEA. Mungkin ramai tidak mahu mengaku yang kita gagal dalam acara bola sepak di sukan sea kalli ini. Tapi itulah hakikatnya. ditambah pula dengan undian di dalam kumpulan mencabar atau kumpulan maut, skuad negara sudah dijangka tidak layak ke pusingan seterusnya. Tetapi kenapa kita gagal mengalahkan thailand kalau vietnam terlalu kuat untuk dikalahkan?
YA, mungkin faktor-faktor yang aku tulis kali ini sedikit sebanyak mempengaruhi permainan anak muda kita ini.
3 Faktor Kegagalan Skuad Bola Sepak Sukan SEA
1. Kurang persediaan.
Seperti sedia maklum, skuad negara kali ini hanya berkumpul 3 hari sebelum perlawanan dan mereka mengharapkan panggilan dapat membantu skuad negara. Ini memang lain dari apa yang kita praktikkan sebelum ini.
Mungkin faktor ini juga membuatkan pemain kurang selesa ataupun kurang bersemangat menghadapi kejohanan kali ini.
2. Taktikal permainan sudah di baca lawan.
Dalam dua perlawanan terakhir kita nampak, Thailand dan Vietnam berjaya membaca taktikal skuad harimau juniors kita. Taktikal kita selalu bermula dengan penjaga gol dan turun ke pertahanan tengah dan kemudiannya ruventhiran akan membawa bola kehadapan.
Taktikal ini memaksa Ruven melakukan kesalahan apabila pemain lawan meletakkan tekanan kepadanya. hasilnya dia tidak dapat menghantar bola kehadapan dan kebelakang. ini menyebabkan kerugian yang besar kepada pasukan negara.
Kalau boleh pada masa akan datang, kena praktikkan plan A dan B atatu seterusnya. sebab nampak sangat pemain kita strugle bila plan ini gagal.
3. Mental cepat koyak
Aku rasa ayat ni kasar sikit. jadi aku boleh katakan kita hilang fokus apabila kita gagal membawa bola ke gawang gol pihak lawan. Kita ada banyak peluang dan tetapi ada kalanya kita terlalu mensia-siakan.
Dalam perlawanan menentang VIETNAM itu menampakkan dengan jelasnya yang kita cepat hilang fokus bila diprovokasi pihak lawan.
Akhir sekali, ini hanyalah pendapat peribadi aku sebagai pencinta bola sepak tanah air. aku tengok kesemua match harimau muda dari dulu lagi. jadi aku rasa terpanggil untuk berkongsi pendapat dengan korang.
Kita sentiasa mendoakan skuad junior kita terus mara kehadapan. Mahu tidak mahu, mereka perlu bangkit kerana masa depan skuad harimau malaya ada di tangan mereka.
Sukan Sea seterusnya kita perlu bangkit dengan serius dan kuat. Semoga berjaya!
Post a Comment