Header Ads

TMJ akan Terus BERSUARA!

 TMJ akan Terus BERSUARA!. Itulah yang dilontarkan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai komitmennya bagi memastikan sukan bola sepak terus maju di Malaysia. Dalam satu tangkap layar yang dimuat naik ke story istagram beliau, TMJ berkata;


TMJ akan Terus BERSUARA!


"Jikalau ada pihak tak boleh terima itu terpulang kepada pendapat masing-masing. Saya akan terus bersuara dan berkongsi pandangan tentang industri bola sepak negara," katanya di laman story Instagram miliknya.


"Saya juga berharap agar forum bola sepak bersama pemilik-pemilik kelab dan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dapat diteruskan demi hak penyokong penyokong bola sepak tanah air.


"Kita harus beri keutamaan dan kebebasan kepada penyokong untuk tanya apa sahaja soalan. Jangan kita sembunyi di belakang surat.


"Bersemuka dengan penyokong adalah cara yang terbaik. Berani kerana benar. Jangan layan orang gila dan jangan sanjung orang 'penakut'," katanya.


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.